Nota Grand Prix San Marino 2003

Kematian ibu Schumacher

Ralf dan Michael Schumacher berlumba meskipun ibu mereka meninggal dunia beberapa jam sebuah perlumbaan bermula. Mereka memakai ban lengan hitam dan tiada champagne disembur di atas podium sebagai tanda hormat. Ini juga merupakan kemenangan terakhir untuk kereta Ferrari F2002. Ketua pasukan Ferrari, Jean Todt, mengambil tempat Michael di acara sidang akhbar.

Penyerahan trofi dari Grand Prix Brazil

Kekeliruan yang disebabkan oleh bendera merah pada perlumbaan sebelumnya di Brazil telah menyebabkan Kimi Räikkönen diisytiharkan sebagai pemenang. Sebuah penyiasatan yang dijalankan oleh FIA pada hari-hari beikutnya membuktikan bahawa Giancarlo Fisichella ialah pemenang sebenar. Pada hari Jumaat untuk perjumpaan Grand Prix San Marino, sebuah upacara telah diadakan di mana Kimi Räikkönen dan Ron Dennis menyampaikan trofi kemenangan dari Grand Prix Brazil 2003 kepada Giancarlo Fisichella dan Eddie Jordan.